Monday, September 14, 2009

Raya....

perkataan yang ditunggu2 oleh umat Islam..
berakhirnya perjuangan selama sebulan...
namun aku akn merindui bulan yang mulia ini...
persediaan di ari raye telah ku buat....
tahun nie ku sambutnya secara sederhana..
duit raye....
gonna miss u so much coz org kate when getting older xkan dpt lagi duit raye...
harap akan berterusan larrr....
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya...
maaf zahir batin sekira tutur kata menyakitkan hati sepanjang perkenalan.....
tiada niat dihati nk menyakitkan hati insan yang ku glar kawan atau sahabat...


Friday, September 11, 2009

Ramadhan......

ramadhan mengajar ku...
erti berjimat...
erti berbuka sederhana..
erti bersabar......
erti memberi......
mengajarku supaya tidak berputus asa..
sesungguhnya aku sungguh berterima kasih pada Mu Tuhanku..
kerana memberi hamba Mu ini kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini...
terima kasih Ya Allah.....

Sunday, September 6, 2009

being famous......

being famous.....
who need it....



Thursday, September 3, 2009

Apa itu Malaysia pada anda?

Persoalan nasional yang nampak mudah tapi amat rumit nak dijawab terutamanya untuk belia remaja. Tengah bosan mengira detik kelas gua habis, gua dengan agak cemerlangnya dan tanpa segan silu mengadakan satu survey untuk soalan ini. Bukan nak poyo ke ape, tapi nak tengok apa yang budak-budak ni fikir pasal Negara tercinta mereka ni. Dasarnya gua hanya nak tengok dari perspektif yang berbeza dan nak buka ruang lingkup pemikiran ni.

Secara keseluruhan gua tengok mereka-mereka ni macam tak cukup ilham nak menjawab soalan ni. Biasa la mungkin anda semua nampak benda ni macam remeh. Tapi bagi gua benda ni amat berat. Semua ni tentang jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kalau kita sendiri tak pernah ada rasa chenta kat Negara ni, macam mana la kita sebagai modal insan Negara ni nak mempertahankannya. Anda yang dah ikut serta survey ni, gua tabik banyak-banyak laut.

Gua nak highlight sikit certain komentar yang menarik perhatian gua.

“Malaysia ni sebuah Negara yang dah kena virus H1N1.” (madihah) Kalau kita sedarkan, virus H1N1 ni sebenarnya tak teruk mana pun. Memang orang mati bila dah tahap kritikal punye jangkitan virus tu. Tapi yang paling teruk virus budaya-budaya barat ni. Sampai sekarang masih x ada vaksin untuk curekan. Instead, virus ni makin immune kat semua antibiotic ke, vaksin ke yang pernah terjual kat farmasi mahupun dukun-dukun seantero nusantara ni. Virus ni mampu menyerang saraf otak kita sampai kita x dapat kawal perlakuan kita. Akibatnya berlaku perkara-perkara yang kurang radikal tapi mampu meruntuhkan Negara ni. Perlakuan ape? Malaslah nak cite kat anda semua. Lu pike la sendiri ye!!! Merdeka kah anda semua? Jangan tepuk dada then tanya selera tapi ketuk pale piker dalam-dalam ye!!

Ok ni pandangan gua tentang Malaysia ni. Untuk gua, Malaysia ni ibarat air batu campur aka ABC. Sebab apa? Hah, kalau anda semua kaji pasal ABC ni, ia sebijik macam Negara kita ni. Mula-mula kita kaji bahan-bahan resipi ni. Kita ada cendol,kacang merah,jagung, cincau,biji selasih dan macam-macam lagi. Setiap satu bahan ada rasa yang tersendiri. Tapi bila dah campur dalam satu mangkuk bersama sirap n gula merah, sedap gila. X percaya pegi la try. Ironinya, Malaysia ni terdiri dari pelbagai kaum. Melayu, india, cina, jawa, bugis dan pelbagai lagi. Setiap kaum ataupun etnik ni kaya mereka budaya yang tersendiri. Tapi bila dah sama duduk bawah satu panji Malaysia, budaya-budaya seolah-olah menjadi sama,jadi satu. Semua duduk atas satu nama, rakyat Malaysia. Bila semua dah jadi campur harmoni macam ABC, nikmatnya mula terasa.

Ok sambung balik pasal ABC. Semua bahan pun dah campur dalam satu mangkuk. Anda semua mula la makan. Mula-mula tu memang la sedap, tapi dengan izin tuhan ada la satu bahan ni, sebagai contoh kacang merah tu dah expired sebulan lalu. Masa tu xboleh kata apa-apa la kan. Dengan yakin dan pastinya anda semua akan termuntah bila makan. Dan dengan gagah beraninya anda buang ABC tu kedalam tong sampah sambil mulut anda terkumat-kamit memaki si pembuat ABC tu. Sama seperti Malaysia, kacang merah yang expired tu melambangkan si perasit dalam komuniti Malaysia. Dah baik-baik Malaysia ni aman, tetiba ada la si polan yang sibuk main tikam-tikam. Habis rosak aman tu. Bila dah rosak, Malaysia ni pun jadi sesuatu yang xda nilai zahir atau batin. Ending, Malaysia senasib ngn ABC tu. Mulut anda yang terkumat-kamit itu ibarat si polan yang hanya tahu salahkan orang lain bila terjadinya sesuatu Negara. Mereka-mereka ni hanya tau cakap tanpa ada tindakan selepas tu. (ehsan TM)

Jadi sebagai rumusannya, gua kat sini nak sarankan agar kita-kita ni dapat jadi ibarat ABC yang mampu membuat air liur meleleh di siang hari.

p/s : gua rindu ABC tok imam kat mlaka. Seringgit je satu,tapi rase ABC uh, pergh tangkap chentan beb!!!!!!

Originally made by Yed...